kamagra

HEADLINE
June 10th, 2010

JANUARI

1. Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
2. Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya di khianti
3. Sukar setia pada yang satu
4. Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
5. Bersikap romantik tapi tidak pandai menunjukkannya
6. Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannnya tapi tidak kisah sekirannya pasangannnya cemburu terhadapnya
7. Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
8. Pasangan ideal: MAC, JUN , OGOS & NOVEMBER

FEBRUARI

1. Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah mengkhianati pasangan
2. Amat hormat pada pasangan
3. Amat suka memikat pasangan
4. Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
5. Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
6. Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran
7. Patuh kepada pasangannnya dan selalu menjaga hati pasangan
8. Kurang beremosi terhadap pasangannya
9. Amat menjaga penampilan diri
10. Pasangan ideal: MEI, SEPTEMBER, OKTOBER & DiSEMBER

MAC

1. mudah menawan hati pasangannya
2. Sentiasa ingin bersama pasangannya
3. Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
4. Sangat baik dalam menjaga hubungan
5. Amat sukar melupakan pasangan yang di cintai
6. Perasaan cemburu yang minimum
7. Sangat manja dan sering ingin di manjakan pasangannya
8. Mudah memilih pasangan tana berfikir waras
9. Sentiasa mengharap keistimewaan dari pasangan
10. Suka menuduh melulu tanpa usul periksa
11. Berprasangka terhadap pasangan
12. Pasangan ideal: JANUARI, MEI, OKTOBER & DISEMBER

APRIL

1. Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan
2. Selalu memendam perasaan terhadap individu
3. Sukar dan malu dan maluahkan isi hati
4. Sentiasa ingin diberi perhatian
5. Amat cemburu dalam perhubungan
6. Setia
7. Emosi cepat terusik dan mudah terluka
8. Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
9. Romantik
10. Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
11. Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
12. Pasangan ideal: APRIL, JULAI, NOVEMBER, DISEMBER

MEI

1. Amat mudah jatuh cinta
2. baik dan jujur dalam perubungan
3. pandai menarik hati pasangan
4. Perasaan cinta yang mendalam
5. Mudah untuk dipujuk
6. Kurang suka untuk sentiasa bersama
7. Mudah menerima cinta seseorang.
8. pandai mengatur hidup pasangan.
9. Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
10. Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tidak pandai memperlihatkan
11. Ambik berat dalam menjaga hubungan
12. Pasangan ideal: JUN, SEPTEMBER, OKTOBER & NOVEMBER

JUN

1. Amat pandai menjaga hati pasangan sekirannya dia perempuan
2. Sukar melukai dan memahami hati pasangan
3. Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
4. Cerewet dalam hubungan
5. Mudah merajuk dan mudah dipujuk
6. Cepat rasa bosan dalam percintaan
7. Kurang yakin dalam perhubungan
8. Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
9. Elok untuk menjadi ibu yang baik
10. Dahagakan pujian dari pasangan
11. Pasangan ideal: JANUARI, MAC, MEI & OGOS

JULAI

1. Amat suka didampingi pasangan.
2. Sukar di mengertai oleh pasangan
3. Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
4. Amat mudah dipujuk dan berterus terang
5. Amat menghargai kesetiaan pasangan
6. Suka merajuk dan dipujuk
7. Setia terhadap pasangan
8. Suka mendengar dan tidak suka membantah
9. Cemburu tehadap pasangan
10. Suka menilai dan menjaga hubungan
11. Pasangan ideal: APRIL, JUN & JULAI

OGOS

1. Tidak serius dalam perhubungan
2. Mengambil mudah dalam perhubungan
3. kesetiaan di ragui
4. pandai memujuk pasangan
5. Suka memimpin pasangan
6, Romantik, pengasih dan penyayang
7. Kelam kabut dalam perhubungan
8. Sering bertukar pasangan
9. Sukar mencari pilihan yang tepat
10. Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minimum
11. Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan
12. pasangan ideal: JANURI, JUN, OKTOBER & DISEMBER

SEPTEMBER

1. Berso[an dalam hubungan
2. Bertolak ansur terhadap pasangan
3. Suka mengkritik pasangan
4. Sangat prihatin terhadap pasangan
5. Sangat sensitif dan emosi
6. pandai memahami pasangan
7. Sangat sensitif dan emosi
8. pandai memahami pasangan
9. Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
10. amat memilih pasangan
11. Sukar melupakan sekiranya hati terluka
12. Mudah simpati dengan erasaan dan masalah pasangan
13. pasangan ideal: MAC, JUN, OGOS, NOVEMBER

OKTOBER

1. Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
2. Suka di sayangi dan menyayangi pasangan
3. Sopan terhadap pasangan
4. jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
5. Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
6. Sukar menerima pandangan pasangan
7. Emosi yang mudah terusik
8. Pengasih, penyayang terhadap pasangan
9. Cemburu dan terlalu cemburu
10. Romantik
11. Memahami pasangan
12. pasangan ideal: JANUARI, FENRUARI, APRIL, MEI, OGOS, SEPTEMBER, OKTOBER, DISEMBER

NOVEMBER

1. Banyak helah dalam menghadapi pasangan
2. Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
3. Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
4. Degil dan ingkar dengan pasangan
5. Tidak suka dikongkong oleh pasangan
6. mudah ambik berat terhadap pasangan
7. Tidak menghargai perhubungan
8. Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung
9. perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
10. Kurang menghargai pasangan dan hal-hal cinta
11. pasangan ideal: APRIL & JULAI

DISEMBER

1. pemurah terhadap perhubungan
2. Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
3. Tergesa-gesa dalam perhubungan
4. Suka di dampingi oleh pasangan
5. Benci dikongkong
6. Suka mempengaruhi pasangan
7. Kurang berkerjasama dengan pasangan
8. Sealu cuba untuk mencari pasangan yang baru
9. Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan
10. pasangan ideal: MAC, SEPTEMBER, NOVEMBER & DISEMBER

Rujukan: http://istimewa2u.blogspot.com/2008/03/kasih-sayang-bulan-kelahiran.html (TQ empunya blog)

Filled Under: Pstt... korang tau tak?

ABOUT

Waktu Bertugas

Seri FM 10am - 1pm [Seri FM Corner]
Sdicez FM 9pm - 12pm [Pstt... korang tau tak?]

Pstt... korang tau tak?

Pada orang tua-tua setiap yang ada pada diri kita mempunyai rahsia & maksud yang tertentu contohnya tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya “hanya tuhan yang tahu”

TANDA DAN FIRASAT
bibir atas kanan – banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri – cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah – tercapai cita-cita

biji mata kanan – suka serong dan pembohong
biji mata kiri – pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan – baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri – baik budi, murah rezeki

punggung kanan – agak mengalami kesulitan
punggung kiri – malas dan suka duduk

betis kanan – suka berhibur, boros
betis kiri – rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan – bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri – kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan – terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang – jujur, sabar dan tekun

kening kanan – cerdas dan cekap
kening kiri – cerdas, sopan santun
tengah kening – keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri – suka berpoya-poya

ketiak kanan – dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan – suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri – kehendak kuat

batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung – banyak rezeki

dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
dagu bawah kiri – bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan – atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) – bakal beristeri 2

tumit kanan – jujur dan banyak kawan
tumit kiri – baik budi
alis kanan – suka menolong, baik hati
alis kiri – ramai yang suka

pangkal peha kanan – kemahuan kuat
pangkal peha kiri – suka kerja apa pun

telapak kaki kanan – tak mudah mengeluh
jari kaki kanan – suka menolong
jari kaki kiri – berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan – cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri – suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan – baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri – ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan – setia dan taat pada atasan
lengan kiri – menepati janji dan rajin

pipi kanan – ramai teman
tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
tengah-tengah pipi kiri – ramai teman

ubun-ubun – kurang jujur

pusat – cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan – sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri – beroleh kemuliaan

pinggang kanan – sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri – disayang pasangan hidup

telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri – baik budi pekertinya

siku tangan kanan – kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri – baik hati, suka menolong

jari tangan kanan – serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri – serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri – banyak rezeki dan cermat

pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat

perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam – disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam – tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta

pelipis kiri – murah rezeki, dapat jadi kaya
pelipis kanan – serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas – baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas – baik budi, ramai yang suka
kelopak mata kanan bawah – agak malas
kelopak mata kiri bawah – agak bodoh, kurang bijaksana

Rujukan : http://istimewa2u.blogspot.com/2007/05/firasat-tahi-lalat.html (terima kasih kepada empunya blog)


5 June 2010

Pstt... korang tau tak?

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.

Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.

Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.

Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.

Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.

Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.

Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.

Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.

Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.

Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.

Tidak lagi rajin menelefon anda
Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.

Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.

Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Rujukan:http://istimewa2u.blogspot.com/2008/04/tanda-kekasih-curang.html (terima kasih kepada empunya blog)

5 June 2010

Pstt... korang tau tak?

Komen daripada Dj Ell (penulisan2u):

Saya suka lagu kru – hot gal. Kerana lagu tuh membuatkan ell teringat pada seseorang yang sememangnya hot.. seringkali terasa mcam nak berdansa je dengan beliau.

Komen daripada Ieka (penulisan2u):

Saya suka lagu Rossa- Hati yang kau sakiti. Kerana dia ada kisahnya tersendiri yang ada kena mengena dengan diri ieka. Dan Lirik lagu itu best.

Komen daripada Dj Joe (sembangdesa):

Saya suka lagu Exist- Jesnita. Kerana lagu ni first yg menghantui jiwa joe time kecik2 dlu hehe smpai skrang xleh lupa lagu ni layann.

Komen daripada Dj Wan (sembangdesa):

Saya suka lagu Inteam-Setanggi syurga. Kerana wan rindukan akhirat, wan rindukan ALLAH, lagu tu membuatkan wan tenang dan dengan lagu ini wan telah  menang sajak n nasyid.

Komen daripada Jahatnam (blog sdicezfm):

Saya suka lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim – Doa Buat Kekasih. Kerana sebab lagu nie dr kecik2 lagi saya sudah mendengar lagu ini.


3 June 2010

Seri FM Corner

Untuk kelihatan cantik, tidak semestinya anda perlu bersolek, mendapat rawatan di salon-salon terkemuka. Anda hanya perlukan 5-10 minit untuk tampil menawan. bagaimanakah caranya?

1. Jadikan aktiviti membersihkan wajah sebagai rutin wajib anda setiap pagi dan malam. pemeliharaan kulit merupakan asas penting dalam penampilan kecantikan anda.

2. Anda perlu menjadi orang yang paling arif mengenai wajah anda. Apabila anda ingin membeli set penjagaan muka atau kosmetik, baca butiran dengan terperinci untuk mengelakkan sebarang komplikasi. seeloknya anda membeli pek perubaan. sekiranya serasi. buatlah keputusan untuk memilikinya.

3. Bersolek cukup sekadar untuk mengelak wajah dari kelihatan pucat, Solekan natural adalah lebih baik dan selamat untuk aktiviti harian anda. Tidak salah anda mengenakan solekkan tebal sekiranya anda mahir berdandan sendiri asalkan jangan sampai ada yang menegur muka anda seperti opera cina.

4. Ketika bersolek, pastikan riasan yang anda lakukan pada wajah kelihatan sekata. pastikan bahagian leher tidak di abaikan semasa bersolek. Jika tidak, solekan anda kelihatan berbelang dan wujud perbezaan warna antara bahagian muka dan leher.

Alatan Asas yang perlu ada pada wanita

Didalam kamar mandi.
1. Wanita juga perlukan pisau cukur yang baik, penggunaan pisau cukur bersama shaving foam atau aftershave dapat membantu anda untuk rasa lebih selesa selepas bercukur.

2. Span yang lembut – bagi mereka yang menggunakan buih mandian. span yang lembut memainkan peranan besar sewaktu anda mandi. Jika span ini di gosokkkan secara teratur, setiap kali anda mandi, ia dapat membantu menangalkan sel-sel mati dan menjadikan kulit anda segar dan bersinar.

3. Pumice stone – berfungsi sebagai batu asah untuk tapak kaki anda, pumice stone dapat membantu anda menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati dibahagian tapak kaki. Penggunaan yang kerap semasa mandi dapat membantu anda untuk memiliki tapak kaki bersih, sihat dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.

Di Meja Solek
1. Losyen badan atau minyak bayi dapat melembut dan menghaluskan kulit anda. waktu yang paling sesuai untuk menyapu losyen atau minyak bayi pada tubuh adalah selepas mandi kerana kulit dalam keadaan rehat dan boleh menyerap dengan baik.

2. Sikat atau berus yang sesai dengan rambut, tip semua sikat sesuai digunakan untuk menyisir rambut. Seeloknya, pilih sikat atau berus yang mempunyai gigi lebat, jarang dan pendek. Apa pun pilihan anda, pastikan anda tidak menyisir rambut ketika rambut anda basah kerana akar rambut lembut dan mudah patah. Tunggu sehingga rambut kering dan sedikit ringan

3. Deodoran, terdapan pelbagai jenis deodoran di pasaran dari yang roll-on, stick-on, cecair mahupun semburan. Pengunaan deodorant dapat melindungi ketiak anda daripa mengeluarkan bauan yang kurang menyenangkan.

4. Bedak tabur. Secara umumnya bedak daripada kering. Pilih bedak yang tidak merangsa dan boleh melindungi kulit dan mudah dihinggapi bakteria seperti bedak berubat.

Rujukan : http://istimewa2u.blogspot.com/2008/06/10-tip-cantikkan-diri-untuk-wanita.html (TQ kepada empunya blog)

3 June 2010

Pstt... korang tau tak?

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna primer : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat ayng berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, busana, permainan dan sebagainya.
MERAH

Merah:

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :

Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, jantan.

2.Merah Jambu :

Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :

Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :

Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :

Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, dermawan, tidak percaya.

HIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai kepribadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

ABU-ABU & HITAM

1.ABU-ABU :

Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :

Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU

1.COKLAT :

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Rujukan : http://istimewa2u.blogspot.com/2007/05/psikologi-warna.html (TQ kepada empunya blog)

3 June 2010

Pstt... korang tau tak?

Tahukah anda watak seseorang dapat dikenali melalui cara mereka tidur dengan menggunakan bantal? Ini adalah kerana setiap dari kita mempunyai cara dan posisi tidur yang berbeza-beza. Ada yang suka tidur tanpa bantal, ada yang suka memeluk bantal dan ada yang mempunyai tabiat meletakkan bantal di bawah kakinya. Inilah cara para pengkaji menilai sifat manusia berdasarkan cara kita memanfaatkan bantal..

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melaluimimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuatkeputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego
Rujukan: http://istimewa2u.blogspot.com/2007/12/rahsia-diri-melalui-bantal.html  (TQ kepada empunya blog)

3 June 2010

Pstt... korang tau tak?

Di sini kita kongsikan 8 petanda dia adalah jodoh kamu:

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

Sumber diperolehi dari: http://istimewa2u.blogspot.com/2007/05/8-petanda-dia-adalah-jodoh-kamu.html (thanks kepada empunya blog)

27 May 2010

Seri FM Corner

Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum, peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan.

Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.
Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.

Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?>

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

Berpura-pura tidak cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

Memafkan sikapnya yang keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang ?kurang? itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

Biarkan si dia membayar.
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!

Sumber diperolehi: http://istimewa2u.blogspot.com/2008/04/10-perkara-elakkan-dalam-bercinta.html (terima kasih kepada empunya blog)

27 May 2010

Pstt... korang tau tak?

Topik malam ini….tentang kenalan pelik anda…yang sepatutnya di bincangkan pada isnin (24/05/2010) …layannnnzzz ~dj arrisa~

Malam ini jum on line jum..yeeaaahhh…jum bincangkan topik ini dalam segmen dj arrisa..psstt..kau orang tak? kita nak bincangkan tentang tentang kenalan pelik anda. PELIK? wah memang pelik. Sepanjang anda chatting…ada tak kenalan anda pelik2? ataupun kenalan pelik masa tempat keja, sekolah dan di mana-mana sahaja. JUM kongsikan bersama pada pukul 9pm-12am di sdicezfm. Kepada yang belum register kat blog dj arrisa, jum laaa registerr….thank yaaa

Pengalaman anda mengenali kenalan pelik boleh di kongsikan di bawah ini (comment) dan saya akan keudarakan nanti. Hantar cepat-cepat..yyeeahh. Bagi mereka yang tidak mendaftar lagi, boleh mendaftar dengan klik di ruangan ‘side bar’ belah kanan ini.

yeeahhhhhhhhh….:)


25 May 2010

Pstt... korang tau tak?

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan
suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki
kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.

2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri
kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka… macammana tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki
mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga
cik abang!

10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh
diguna pakai.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki
spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila
diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa
segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalahpula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah
anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat
anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura
tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!

sumber dipetik daripada: http://istimewa2u.blogspot.com/2007/05/20-perkara-perempuan-tidak-suka.html(penulisan2u)(terima kasih empunya blog)

23 May 2010
Banner
Banner
Banner
Banner

Best tak site nie?

  • Yes
    (100%, 15 Votes)
  • No
    (0%, 0 Votes)